Antarabangsa

Serangan Israel Akan Berterusan Sepanjang Tahun – Penasihat Keselamatan Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISNIN, 03 Jun 2024 – Penasihat Keselamatan Israel, Tzachi Hanegbi telah mengeluarkan kenyataan bahawa siri serangan rejim tersebut terhadap Gaza akan berterusan sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun ini.

Perkara tersebut dinyatakan oleh penasihat keselamatan rejim tersebut sewaktu sesi temubual bersama penyiar awam Israel, Kan pada Rabu lalu.

Dakwanya lagi, pihak ketenteraan Israel kini telah menguasai 75 peratus daripada Koridor Philadelphi di Gaza.

Beliau turut mendakwa bahawa penguasaan tersebut akan berkekalan sepanjang masa. Koridor yang dimaksudkan adalah zon penampan yang berhampiran dengan sempadan Mesir-Gaza.

Dalam kenyataan yang sama juga beliau turut menyatakan tentang kerjasama dengan pihak Mesir berkenaan dengan isu penyeludupan senjata. Ujar beliau,

“Bersama-sama dengan warga Mesir, kita mesti memastikan penyeludupan senjata dapat dihalang”.

Awal bulan ini, pihak penceroboh Israel telah melancarkan serangan terhadap Rafah walaupun ianya telah dikutuk oleh pelbagai pihak dalam skala antarabangsa berikutan ianya dapat menyebabkan kadar kematian yang tinggi dalam kalangan orang awam.

Walau bagaimanapun, pihak Israel tetap berkeras dengan tindakan tersebut dengan dakwaan bahawa ianya adalah penting bagi menghapuskan Hamas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: