Serangan Dron Zionis Bunuh 9 Penduduk Gaza
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
GAZA, 28 Januari 2023 – Israel telah melancarkan beberapa serangan udara ke atas Semenanjung Gaza sehari selepas tentera Israel membunuh sepuluh rakyat Palestin dalam serbuan yang paling dahsyat dalam tempoh beberapa tahun ini di kem pelarian Jenin Tebing Barat.
Sumber tempatan di Gaza memberitahu Al Jazeera bahawa pesawat pejuang Israel telah menyerang kem pelarian al-Maghazi di tengah wilayah itu, di mana sekurang-kurangnya 13 serangan telah dilancarkan pada awal pagi Jumaat lalu.
Baca juga: Solidariti Bantahan Hina Islam Di Hadapan Kedutaan Sweden Dibanjiri NGO & Umat Islam
Baca juga: PM Digesa ‘Bebaskan’ Tanggungjawab TPM, Sehingga Kes Rasuah Selesai
Baca juga: CPTPP: ‘Kenapa Ditandatangani Secara Diam-diam?’ – Aktivis PPIM
Saksi dan media tempatan turut melaporkan bahawa sebelum serangan udara jet pejuang dilancarkan, dron tentera Israel telah melepaskan dua peluru berpandu ke arah sasaran di Gaza.
Turut dilanda serangan tentera Israel ialah kawasan kejiranan al-Zaitoun di selatan Kota Gaza, serta kawasan lapang di timur Beit Hanoun, di utara Gaza.
Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallan telah berkata pada hari Jumaat lalu bahawa tentera Israel telah diarahkan untuk “bersedia untuk bertindak … sekiranya kita perlu meneruskan – sehingga ketenangan rakyat Israel dapat dipulihkan”.
Jurucakap Pihak Berkuasa Palestin, Nabil Abu Rudeineh berkata Abbas telah menghentikan usaha sama keselamatan dengan Israel berikutan “pencerobohan berulang terhadap rakyat kita dan menjejaskan perjanjian yang ditandatangani”.
Beliau berkata rakyat Palestin merancang untuk memfailkan aduan dengan Majlis Keselamatan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan badan antarabangsa lain berhubung keganasan Israel.