Tempatan

Sentimen Melayu Berubah, Unjuran PH Tidak Realistik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Jun 2023 – Sasaran Pakatan Harapan (PH) di Negeri Selangor untuk memenangi 51 daripada keseluruhan 56 kerusi pada Pilihan Raya Negeri adalah tidak realistik dan Perikatan Nasional (PN) tidak boleh dipandang rendah.

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh wakil Akademi Nusantara, Azmi Hassan. Beliau turut menyatakan bahawa sasaran tersebut adalah terlalu tinggi walaupun dengan sokongan Barisan Nasional (BN).

BACA JUGA: Hukum Pihak Tidak Sealiran Ideologi, Ancam Keselamatan Negara –JAKIM

BACA JUGA: Isu Sekolah Islam Persendirian: Kerajaan Negeri Akan Bawa Ke MMKN

BACA JUGA: Malaysia Menang Lagi Kes Tuntutan Sulu

Ujar beliau lagi, 51 kerusi sasaran tersebut adalah berdasarkan jumlah keseluruhan kerusi yang dimenangi oleh PH dan BN bagi Pilihan Raya Negeri 2018, namun perlu diingat bahawa jumlah tersebut diperolehi sebelum kemasukan Bersatu.

Katanya juga, walaupun kerjasama di antara BN dan PH kelihatan baik di atas kertas, namun sentimen pengundi Melayu mungkin telah berubah.

Beliau seterusnya menyatakan bahawa para pengundi tradisional UMNO kini agak bimbang untuk mengundi calon PH khususnya daripada DAP, justeru sasaran 51 kerusi itu adalah terlalu tinggi.

Manakala penganalisis politik daripada Universiti Teknologi Malaysia, Mazlan Ali pula berpendapat bahawa demografi Selangor mengandungi banyak kerusi yang mana pengundinya terdiri daripada campuran pelbagai bangsa dan ianya akan memberi kelebihan kepada PH.

Namun beliau juga bersependapat dengan Azmi dalam menyatakan bahawa sasaran 51 kerusi itu adalah terlalu besar. Beliau juga berpendapat bahawa PN berpotensi untuk memenangi sekurang-kurangnya 15 kerusi di Selangor.

Menurut Mazlan, isu-isu yang dibangkitkan oleh PN kelihatan telah mendapat peningkatan sokongan oleh orang Melayu.

Pada Ahad lalu, Pengarah Pilihan Raya PH, Yahya Mat Sahri telah mengeluarkan kenyataan bahawa keyakinan mereka dalam Pilihan Raya Negeri akan datang ini adalah berdasarkan rekod cemerlang Kerajaan Negeri dalam membangunkan Selangor.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: