Antarabangsa

Semua Orang Sudah Muak Dengan Dolar – Menteri Luar Rusia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RUSIA, 02 Januari 2024 – Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov telah mengeluarkan pada Khamis lalu bahawa dolar Amerika Syarikat (AS) telah digunakan sebagai alat untuk pertukaran rejim serta campur tangan dalam hal negara-negara lain.

Menerusi kenyataan yang sama juga beliau telah menyatakan bahawa “semua orang” telah “muak” dengan matawang tersebut. Ujarnya,

“Semua orang sudah muak dengan dolar yang mana ianya menjadi alat untuk pengaruh, alat untuk menjatuhkan legitimasi hak-hak persaingan negara-negara di rantau-rantau yang berbeza, serta sebagai alat untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman serta pertukaran rejim”.

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan sewaktu sesi temubual bersama dengan Rossiya24 dan RIA Novosti.

Kini telah banyak negara telah menggunakan matawang kebangsaan mereka sendiri dalam urusan perdagangan dan telah menyebabkan penggunaan dolar menurun terutamanya setelah berlakunya sekatan terhadap Rusia oleh sistem kewangan Barat.

Sebelum ini Lavrov juga pernah menyatakan bahawa AS dan sekutunya Kesatuan Eropah telah menggunakan alatan “geopolitik” yang bersifat luas termasuklah “peperangan perdagangan serta ekonomi”.

Kenyataan-kenyataan Lavrov itu dikeluarkan sewaktu mana ruble Rusia telah meningkat naik mengatasi matawang-matawang utama dunia yang mana ianya turut sama mengatasi dolar dan euro sejak daripada pertengahan Disember.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: