Semangat Bangsa Malaysia, Sukarelawan UIA Bersihkan Kuil Sri Mariamman
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini
Atas semangat bangsa Malaysia, para pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak beragama Islam, turut menyertai sukarelawan Parti Bangsa Malaysia (PBM) membersihkan Kuil Sri Maha Mariamman di Taman Klang Utama yang telah terkesan dengan banjir beberapa hari yang lalu.
@cva3677##kamibangsamalaysia♬ original sound – Satis Lansi
Nallan Dhanabalan, penyelaras PBM Parlimen Klang berasa terharu atas kesudian para pelajar UIA bersetuju untuk menghulurkan bantuan membersihkan kuil itu.
“Saya secara peribadi tersentuh dengan maklum balas pelajar universiti itu. Mereka dengan rela membersihkan seluruh kawasan berkenaan,” katanya Nallan kepada pemberita sebuah portal.
“Sebagai rakyat Malaysia, saya yakin kita perlu bersatu tanpa mengira kaum dan agama, terutama ketika pandemik dan banjir.
“Kita sepatutnya mengetepikan kaum serta agama, dan mara sebagai sebuah negara.”
PBM adalah sebuah parti yang baru ditubuhkan yang bersedia untuk menggegarkan dunia politik negara, dan berjuang untuk membawa agenda utamanya iaitu “The Great Reset 2030”, menurut Nor Hizwan Ahmad yang telah mengumumkan menyertai PBM bersama 53,109 ahli NGO yang diketuainya.
Nor Hizwan Ahmad adalah merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Getah Malaysia merangkap bekas Setiausaha Politik Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin.