Tempatan

Selangor Catat Kes Penderaan Haiwan Tertinggi – JPV

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KEPALA BATAS, 28 Julai 2024 – Selangor mencatatkan rekod negeri tertinggi dalam kes penderaan haiwan iaitu sebanyak 3,334 kes, dedah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dalam Majlis Hari Kebajikan Haiwan 2024 di Kampung Agung baru-baru ini.

Ketua Pengarah DSV, Dr Akma Ngah Hamid berkata, rekod ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1,113 kes), Johor (800 kes), Pulau Pinang (695 kes) dan Perak (491 kes).

JPV merekodkan trend peningkatan aduan kes penderaan haiwan terutamanya terhadap anjing dan kucing di seluruh negara setiap tahun.

Memetik laporan, sebanyak 2,162 kes penderaan haiwan direkodkan setakat Jun lalu berbanding 2,622 aduan sepanjang tahun 2023.

Jelas beliau, situasi ini menunjukkan kesedaran mengenai penderaan haiwan semakin tinggi dalam kalangan masyarakat selain banyak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bertindak pantas terhadap kejadian terbabit.

“Jika berlaku kezaliman atau mungkin nampak salah laku oleh pemilik, orang ramai dapat melaporkannya sebab kita ada link animal welfare.”

“Kita harap aduan dibuat melalui kaedah yang betul lah, jangan mengambil tindakan yang melangkaui batasan mereka sendiri sebab kita ada peraturan dan akta kebajikan haiwan yang perlu dipatuhi,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, dalam tempoh antara 2021 hingga Jun 2024, JPV merekodkan kes penderaan tertinggi terhadap anjing iaitu 5,226 kes, diikuti kucing 1,900 kes, kuda 178 kes, arnab 157 kes, burung 122 kes, lain-lain 116 kes dan lembu 105 kes.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: