Antarabangsa

Sekatan Ekonomi Barat, Membahayakan Warga Dunia – Putin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MOSCOW, 08 September 2022 – Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan bahawa sekatan ekonomi yang dilakukan Barat terhadap Rusia bakal membahayakan seluruh dunia.

“Pandemik telah digantikan dengan cabaran baharu yang bersifat global, membawa ancaman kepada seluruh dunia,” kata Putin.

“Saya bercakap tentang sekatan Barat dan percubaan agresif Barat yang terang-terangan mengenakan modus vivendi mereka ke atas negara lain, untuk merampas hak kedaulatan mereka agar negara lain tunduk mengikut kehendak Barat,” katanya semasa ucapan di Forum Ekonomi Timur di Vladivostok pada Rabu.

Ujarnya, Rusia mampu berdepan dengan sekatan ekonomi tersebut, namun, pendekatan “agresif” Barat itu mengorbankan kualiti hidup rakyat Eropah, dalam masa yang sama, ia turut menyebabkan negara-negara miskin hilang akses makanan.

“Walaupun begitu, negara-negara Barat cuba mengekalkan old world order yang hanya menguntungkan mereka,” kata Putin lagi.

Selain daripada krisis makanan, sekatan yang dikenakan oleh Barat juga telah mencetuskan krisis tenaga terburuk di Eropah.

Baru-baru ini Rusia telah menghentikan pengaliran gas melalui saluran paip Nord Stream 1 ke Eropah selama tiga hari berikutan kerosakan turbin paip gas tersebut.

Kerja-kerja baik pulih tidak dapat dilakukan dengan segera susulan sekatan yang dikenakan oleh Barat.

Penghentian ini meningkatkan prospek kemelesetan dan catuan tenaga di beberapa negara terkaya di rantau ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: