Antarabangsa

Sekat LGBT, NGO Hentam Rusia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 03 Disember 2023 – Kumpulan penyokong hak-hak asasi manusia yang berpusat di London, Amnesty International telah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Rusia dalam menghalang pergerakan LGBT antarabangsa.

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Marie Struthers yang merupakan pengarah kumpulan tersebut bagi Eropah Timur dan Asia Tengah, di mana beliau mengatakan bahawa tindakan Rusia tersebut adalah keputusan yang bersifat “mengaibkan serta mengarut.”

Ujarnya lagi, keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Rusia itu adalah sama dengan “larangan menyeluruh terhadap organisasi-organisasi LGBT” yang akan membuka ruang untuk diskriminasi. Katanya lagi,

“Ianya akan memberi kesan terhadap ramai orang, akibatnya juga adalah malapetaka”.

Beliau kemudiannya menyeru agar Rusia “menyemak semula undang-undang tersebut serta merta. Kenyataan-kenyataan Struthers itu telah dipaparkan di laman web Amnesty.

Pada 17 November lalu, Kementerian Keadilan Rusia telah meminta agar mahkamah tertinggi negara tersebut memasukkan “pergerakan LGBT antarabangsa” ke dalam senarai kumpulan-kumpulan pelampau.

Kementerian tersebut membuat tuntutan sedemikian atas dasar bahawa pergerakan sedemikian adalah berkaitan dengan hasutan bagi perselisihan sosial serta agama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: