Saudi Had Penggunaan Pembesar Suara Luar Masjid
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
RIYADH, 20 Januari 2023 – Arab Saudi mengeluarkan arahan untuk mengehadkan penggunaan pembesar suara luar masjid di sekitar negara itu.
Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Saudi, Sheikh Dr Abdul Latif Bin Abdulaziz Al-Sheikh memutuskan sedemikian sekali gus menetapkan bilangan pembesar suara luar masjid sebanyak empat buah untuk kegunaan melaungkan seruan azan.
BACA JUGA: Isu Bekalan Telur Ayam Selesai Dua Bulan Lagi
BACA JUGA: Ketukan Dari Kontena: Terperangkap 6 Hari, Kanak-Kanak Warga Asing Akan Dihantar Pulang
BACA JUGA: WEF Dikritik ‘Munafik’, Bezakan Isu Ukraine Dengan Palestin
Bukan itu sahaja, Dr Abdul Latif turut mengarahkan supaya pembesar suara luar masjid yang melebihi empat, dicabut dari semua masjid dan disimpan dalam gudang untuk kegunaan kemudian hari.
Tambahnya, pihak masjid juga boleh mengagihkannya kepada masjid yang tidak mempunyai bilangan pembesar suara luar yang mencukupi.
Pada tahun 2021 yang lalu, Menteri Hal Ehwal Islam Arab Saudi mempertahankan arahan yang menyekat kelantangan pembesar suara masjid, mengatakan ia disebabkan dari aduan mengenai bunyi yang berlebihan.