Tempatan

Salah Guna Kod QR, JAKIM Gesa Masjid Surau Pantau

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 12 April 2023 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menggesa semua pihak terutama Ahli Jawatankuasa masjid dan surau untuk sentiasa memantau kod QR masing-masing susulan tular isu salah guna kod QR derma baru-baru ini.

Menerusi kenyataan, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hajah Hakimah Binti Mohd. Yusoff berkata, JAKIM mengambil perhatian isu tersebut, di mana video tular memaparkan seorang lelaki menyalahgunakan kod QR sumbangan derma masjid dan surau.

Tegas beliau, “Sekiranya perbuatan ini benar seperti yang didakwa, JAKIM berpandangan bahawa perbuatan seumpama ini amatlah tidak wajar kerana mengambil kesempatan terhadap sikap murah hati umat Islam khususnya di masjid atau surau sempena bulan Ramadan yang mulia ini.”

BACA JUGA: Op Bersepadu JPJ Dilaksana Seluruh Negara Sempena Aidilfitri

BACA JUGA: 2 Warga Indonesia Larikan Diri Dalam Perjalanan Ke Penjara Kini Diburu

BACA JUGA: Sulu: Fuad A Kiram Diklasifikasikan Pengganas

JAKIM menyeru pihak masjid dan surau membuat pemantauan agar sumbangan atau infaq tidak terlepas kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, orang ramai juga disaran untuk membuat semakan dengan teliti sebelum menyumbang melalui kod QR bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

“Sekiranya merasa curiga dan ragu-ragu dengan kod QR di masjid/surau, orang ramai disaran membuat aduan kepada pihak masjid/surau untuk tindakan lanjut,” memetik kenyataan itu.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki dilihat seolah-olah meletakkan pelekat kod QR palsu pada kotak derma di sebuah masjid.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: