Tempatan

Sakit Mental Di Kalangan Remaja & Kanak-kanak Perlu Lebih Perhatian

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 Februari 2023 – Banyak perkara perlu dilakukan untuk menangani risiko kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Menurut beliau, isu ini tidak mendapat perhatian yang sepatutnya meskipun kanak-kanak dan remaja telah diidentifikasi sebagai golongan yang berisiko mengalami gangguan kesihatan mental.

BACA JUGA: Kerajaan Madani Digesa Perketat Undang-Undang Jenayah Liwat

Katanya, peralihan dari kanak-kanak ke dewasa merupakan satu fasa kritikal dalam proses perubahan fizikal, kematangan kognitif dan pengurusan emosi.

Jelas beliau, kanak-kanak dan remaja yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sosial mereka akan cenderung untuk merasa keliru dan terpinggir.

BACA JUGA: Jenazah Lelaki Didakwa Bukan Islam, MAIS Tunggu Keputusan Rayuan Mahkamah

“Berdasarkan pemerhatian klinikal, kebanyakan pesakit remaja yang datang ke klinik telah mula menyakiti diri untuk melepaskan tekanan emosi yang mereka alami.”

“Ini menyebabkan mereka berasa malu, menyusahkan dan tidak kompeten. Mereka terperangkap dalam masalah mereka dan tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk menyelesaikan masalah tersebut.” Kata Dr Zaliha sewaktu upacara pembukaan wad psikiatri kanak-kanak dan remaja di Hospital Permai, Johor Bahru, semalam.

BACA JUGA: Melayu Dominasi Sektor Awam: Swasta Tak Bagi Peluang Kata Tun M

Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak terutamanya ibu bapa untuk lebih sensitif terhadap faktor-faktor yang boleh menyebabkan trauma kepada kanak-kanak.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyeru kakitangan Kerajaan untuk mempersiapkan diri dengan pengetahuan pertolongan cemas psikologi bagi membantu kanak-kanak dan remaja yang terlibat dalam kejadian tragedi di negara ini.

Sebelum ini, samudera.my pernah mendedahkan bahawa kanak-kanak dan remaja di Malaysia mengalami beban kesihatan mental yang teruk dan dipengaruhi oleh faktor kesihatan mental yang lemah, pendedahan kepada keganasan serta penganiayaan rakan sebaya dan buli.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: