Antarabangsa

Rusuhan Malyana, India: Nasib 72 Mangsa Muslim Tidak Terbela – Keluarga

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDIA, 05 April 2023 – Mahkamah di sebuah negeri di selatan India, Uttar Pradesh telah memutuskan untuk membebaskan 41 orang lelaki Hindu yang sebelum ini dituduh melakukan keganasan agama terhadap orang Islam sekitar 36 tahun lalu.

Keputusan tersebut telah membuatkan orang Islam yang terselamat sewaktu kejadian keganasan tersebut serta keluarga mangsa yang terbunuh merasa amat kecewa.

BACA JUGA: Pesuruhjaya Kanak-Kanak SUHAKAM Kesal Kerajaan Buang Nikotin Dari Akta Racun

BACA JUGA: Aggression In Al Aqsa Again And Again, Muslims Must Not Remain Silent

BACA JUGA: Ribuan Kedai Di Bazar Pakaian Terkenal Bangladesh Dijilat Api

Peristiwa keganasan yang berlaku pada 23 Mei 1987 di kampung Malyana itu telah menyaksikan 72 orang Islam telah disembelih. Mereka yang melakukan keganasan tersebut dikatakan daripada kelompok Hindu tempatan bersama dengan ahli-ahli anggota polis negeri.

Kejadian dahsyat tersebut telah disifatkan sebagai sebuah “penghapusan bagi demokrasi India”. Manakala keputusan mahkamah yang dibuat pada Jumaat lalu itu pula telah disifatkan sebagai “sebuah fitnah terhadap keadilan”.

Mantan pengarah polis Uttar Pradesh, Vibhuti Narain Rai telah menyifatkan keputusan mahkamah tersebut sebagai “sebuah kegagalan mutlak bagi pihak kerajaan”.

Menurutnya lagi, para mangsa kejadian dahsyat tersebut telah teruk dikecewakan oleh semua pemegang taruh sama ada pihak polis, kepimpinan politik, wartawan yang bersifat partisan dan kini, kehakiman.

Rai turut menyatakan bahawa proses penyiasatan juga sebenarnya telah gagal sejak daripada awal. Perbicaraan pula telah ditangguhkan selama sekitar lebih 30 tahun sebelum ini dan pihaknya telah membuat tuntutan agar mahkamah tinggi mengarahkan agar penyiasatan baharu dijalankan.

Salah satu tuntutan yang dibuat oleh pihak Rai adalah agar penyiasatan dibuat bagi melihat peranan pihak polis di dalam kejadian tersebut, di mana terdapat laporan yang menyatakan keganasan tersebut sebenarnya dimulakan oleh ahli Provincial Armed Constabulary (PAC) iaitu pasukan polis khas dalam menangani pemberontakan yang bersifat kasta dan agama.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: