Antarabangsa

Rusia Bakal Kelaskan Pemikiran “Childlessness” Sebagai Ekstrem

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MOSCOW, 05 JULAI 2024 – Para ahli parlimen Rusia telah menyediakan sebuah bil undang-undang yang akan menjenayahkan sebarang aktiviti mempromosi serta mempopularkan budaya tidak mahukan anak, atau “childlessness” di negara tersebut.

Berkenaan hal tersebut, Timbalan Menteri Keadilan Vsevolod Vukulov telah menyatakan bahawa promosi childlessness itu adalah sebuah “ideologi ekstremis” dan mengatasi hal tersebut adalah sebuah perkara yang sangat penting.

Ujarnya lagi, “Kami kini sedang aktif menyediakan bil-bil undang-undang bagi menghalang perkembangan ideologi ini. Seseorang tidak sepatutnya mempromosikan idea yang mana “pada hari ini orang wanita, terutamanya wanita muda, tidak perlu melahirkan anak, mereka boleh hidup tanpa anak”.

Menurutnya lagi, sistem perundangan yang baharu adalah diperlukan bagi melawan trend sosial yang negatif ini di Rusia dan negara-negara lain yang berkongsi nilai tradisi yang sama.

Katanya juga, “Undang-undang ini mesti dijalankan serta diangkat. Ianya hendaklah menjadi alat bagi melindungi nilai-nilai kita. Ini adalah tugas yang utama”.

Beliau turut mengesahkan bahawa bil yang menghalang promosi gaya hidup childless itu telahpun diserahkan kepada parlimen dan ianya akan dianalisa oleh pakar sebelum kertas-kertas cadangan yang lebih konkrit akan dibuat.

Vukolov turut menjelaskan bahawa negara tersebut bukan sekadar perlu membuat sekatan, namun juga perlu fokus terhadap membina keadaan sosial yang dapat menggalakkan pasangan untuk mempunyai anak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: