Tempatan

Rumah Diroboh, Pesara Tentera Terpaksa Berteduh di Pondok Usang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERAK, 04 Ogos 2022 – Seorang pesara tentera, Mohamad Anuar Arshad, 65, berserta isterinya meneruskan kehidupan dalam keadaan yang menyayat hati apabila terpaksa berteduh di sebuah pondok kecil tanpa kemudahan asas di Teluk Intan.

“Keadaan pondok ini agak usang, terletak di tepi sungai. Memang banyak bahaya dari segi keselamatan terutama ancaman haiwan berbisa,” jelas beliau kepada sebuah portal tempatan.

“Tapi saya tak ada tempat lain untuk dituju, hanya ada pondok ini. Saya pun tak tahu berapa lama akan tinggal di sini,” tambahnya lagi.

Mohamad Anuar dikatakan tidak mempunyai bekalan elektrik dan air bersih, sehinggakan mereka terpaksa menggunakan air sungai untuk mandi dan memasak.

Menurut laporan yang sama, beliau dan isterinya dikatakan terpaksa meninggalkan rumah asal mereka apabila rumah yang dibina di atas tanah terokaannya dirobohkan oleh syarikat yang memajak tanah tersebut.

“Setakat ini tak ada pihak yang datang membantu setelah rumah dirobohkan menyebabkan saya kena usaha sendiri untuk hidup bersama isteri” ujar Mohamad Anuar lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: