Tempatan

RMC Titik Perubahan Para Gelandangan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEREMBAN, 28 Ogos 2022 – Rumah Minda Ceria (RMC) atau rumah transit yang ditubuhkan di negeri ini melalui pembentangan bajet Kerajaan Negeri pada 2021 telah menyantuni seramai 57 gelandangan sehingga 31 Julai lalu.

41 gelandangan kembali ke pangkuan keluarga

Ia merupakan pusat perlindungan dan pemulihan bagi gelandangan yang tidak mempunyai tempat tinggal, tidak mempunyai pekerjaan, mengemis dan merayau-rayau dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri, Nicole Tan Lee Koon, seramai 41 gelandangan yang disantuni sejak dua tahun lalu berjaya kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

“Seramai empat orang lagi mampu berdikari melalui program penempatan pekerjaan, tiga orang lagi sedang menjalani rawatan psikiatri di hospital manakala seorang meninggal dunia akibat serangan jantung,” katanya dalam ucapan pada majlis perasmian RMC di Rahang pada Khamis lalu.

Menurutnya, pada masa ini, seramai lapan orang penghuni di RMC sedang menjalani proses pemulihan dan rawatan.

“Proses penjagaan dan pemulihan kepada golongan gelandangan ini merupakan satu tanggungjawab sosial bersama semua ahli dalam komuniti kita.”

“Program ini justeru perlu diteruskan lagi.”

Majlis perasmian RMC telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun manakala teks ucapan Nicole Tan ini telah dibacakan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Rosnah Sardi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: