Tempatan

RM350, Bantuan Untuk Isteri Yang Suami Dalam Penjara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 Februari 2023 – Ibu-ibu yang terpaksa menyara keluarga akibat suami yang menjalani hukuman penjara, mereka boleh diberikan perkhidmatan dan skim bantuan yang bersesuaian mengikut syarat-syarat dan kelayakan yang ditetapkan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri.

Antara bantuan yang boleh dipertimbangkan adalah:

i. Bantuan Kanak-Kanak (BKK):
Bantuan dengan kadar minimum RM150 hingga maksimum RM1,000 sebulan satu (1) keluarga ini diberikan bagi membantu keluarga/anak-anak yang tiada penjaga atau kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

BACA JUGA: 50 Ribu Pelajar SPM Gagal Bahasa Melayu & Sejarah

ii. Bantuan Am Persekutuan (BA):
Bantuan dengan kadar minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga diberikan kepada individu / keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

BACA JUGA: AUKU Kekal – Menteri KPT

iii. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar:
Bantuan dengan kadar RM500 sebulan ini diberikan kepada penjaga bagi tujuan meringankan bebanan keluarga/ penjaga di samping menggalakkan keluarga/ penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik.

BACA JUGA: Kartel ‘Kawal’ Harga Telur & Ayam, B60 Bakal Terkesan Teruk

iv. Bantuan Anak Pelihara (BAP)
Bantuan dengan kadar RM250 sebulan seorang kanak-kanak dan maksimum RM500 sebulan bagi yang memelihara dua orang kanak-kanak atau lebih ini bertujuan membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik atau yatim / yatim piatu supaya dapat terus tinggal dalam masyarakat/keluarga pelihara dan menjalani kehidupan dengan sempurna. Seramai 438 penerima telah mendapat manfaat dan sebanyak RM1.8 juta peruntukan telah disalurkan sehingga pada tahun 2022.

Selain itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga turut menyediakan perkhidmatan intervensi psikologi dan kaunseling yang boleh dimanfaatkan oleh para ibu yang menghadapi tekanan emosi dan masalah keluarga serta terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga juga disediakan.

Tambah beliau lagi, JKM mempunyai 85 orang pegawai kader yang ditempatkan di Pusat-Pusat Koreksional di bawah Jabatan Penjara Malaysia yang boleh menjadi penghubung di antara kes yang memerlukan bantuan JKM.

“Maklumat anggota keluarga banduan yang memerlukan bantuan dan sokongan akan disalurkan kepada JKM di daerah berkaitan untuk pertimbangan dan kelulusan bantuan yang bersesuaian mengikut syarat dan kelayakan,” kata Dato’ Sri Nancy Shukri lagi.

Kenyataan ini dipetik dari kenyataan bertulis Parlimen di mana Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Bin Taib Azamudden bertanyakan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) apakah usaha yang dilakukan untuk membantu ibu-ibu yang terpaksa menyara keluarga akibat suami yang menjalani hukuman penjara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: