Rejim Haram Aparteid Israel Takut Australia Iktiraf Palestin
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
TEL AVIV, 21 Oktober 2022 – Pengumuman Kerajaan Australia, Canberra yang menarik semula keputusan mengiktiraf Baitulmuqaddis Barat sebagai ibu kota Israel telah mencetuskan kebimbangan dalam diri pihak berkuasa rejim haram aparteid Israel, lapor sebuah agensi media.
Laporan sama menyatakan, seorang pegawai Israel mengaitkan keputusan tersebut dengan kebimbangan bahawa kerajaan baharu Australia itu akan mengambil langkah seterusnya dengan mengiktiraf negara Palestin.
“Pegawai berkenaan dilaporkan tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai kebimbangannya, namun seorang diplomat Israel memberitahu media tempatan bahawa pengiktirafan Canberra kini menjadi kebimbangan utama rejim Zionis.”
Dalam konflik yang berlarutan sejak sebelum 1948, penduduk Israel dan Palestin sering bertempur bagi merebut tanah dengan konfrontasi melibatkan isu keagamaan, negara dan pencabulan hak asasi manusia.
Israel secara berterusan merampas lebih banyak tanah milik penduduk Palestin dan menggunakan alasan ‘langkah keselamatan bagi membanteras keganasan dan pemilikan atas faktor sejarah’ bagi tindakan tersebut,” menurut laporan media tempatan.
Tindakan rejim haram aparteid Israel merampas tanah rakyat Palestin itu dianggap tidak sah dan mengiktiraf sebuah negara Palestin berdasarkan garisan sempadan 1967.
Rakyat Palestin dikatakan akan terus menuntut Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara Palestin pada masa depan.
Dalam pada itu, Menteri Luar Australia, Penny Wong berkata, negaranya komited agar keamanan antara rejim haram aparteid Israel dengan Palestin dapat dicapai dan Canberra tidak akan menyokong pendekatan yang menjejaskan prospek tersebut.