REE Kedah: SPRM Masih Kesan Saksi Dari China
PUTRAJAYA, 24 Julai 2023 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih mengesan beberapa saksi dari China yang didakwa membuat pelaburan dalam aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, menurut laporan sebuah portal tempatan.
“Siasatan membabitkan isu berkenaan masih dijalankan dan perlu masa untuk dilengkapkan.”
BACA JUGA: Bahasa Tambahan: Prioriti Perlulah Betul, PMX Digesa Gerakkan Inisiatif Perkasa Bahasa Kebangsaan
BACA JUGA: Kambing Tiada Tanduk 1975: Surat Terbuka Kepada Menteri KKD
BACA JUGA: METMalaysia Keluarkan Nasihat Taufan Doksuri
Kata beliau lagi, walau bagaimanapun, setakat ini belum ada ahli politik yang dipanggil berhubung isu berkenaan termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.
Dalam laporan berlainan, sebuah portal tempatan menyatakan, pendedahan kewujudan dua warga China yang dibawa masuk ke negara ini oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah untuk melakukan kerja mengorek unsur nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik, terus menjadi tanda tanya apabila tiada pihak mengetahui kedudukan mereka ketika ini.
Menurut sumber, dua individu dikenali sebagai So Lai Fat dan Huang Zhiyi dikatakan masuk ke negara ini bersama kumpulan pekerja warga China, Myanmar dan Nepal antara 2021 hingga tahun lalu.
Terdahulu, SPRM sudah memanggil 12 saksi berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa dalam isu kecurian REE di Kedah.
Semua saksi yang dipanggil itu sudah dirakam percakapan bagi membantu kertas siasatan.