Tempatan

Rebut Diskaun Besar Saman Trafik – PDRM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 19 Ogos 2022 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pahang menawarkan tawaran diskaun 50% saman trafik bersempena dengan ‘PDRM Pahang Fun Run & Ride 2022’ yang akan bermula esok, 8:00 pagi, 20 Ogos 2022 di sekitar Dataran Kompleks Serambi Teruntum Kuantan, Pahang.

PDRM Pahang memaklumkan, semua saman layak mendapat diskaun besar tersebut kecuali saman-saman yang tersenarai di bawah:

1. Kemalangan
2. Kesalahan Berstatus Perbicaraan
3. Kesalahan Yang Dikategorikan Tidak Boleh Kompaun (NC)
4. Kesalahan Berkaitan Kenderaaan Berat
5. Memotong Secara Berbahaya
6. Menggunakan Lorong Kecemasan
7. Tidak Patuh Isyarat Lampu Merah
8. Memotong Di Garisan Berkembar
9. Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos Kenderaan

‘PDRM Pahang Fun Run & Ride 2022’ itu diadakan bagi meraikan sambutan Hari Polis Ke-215 PDRM Kontinjen Pahang.

Samudera.my sebelum ini melaporkan, program tersebut akan melibatkan tiga lagi acara lain seperti, kayuhan basikal 60 km, larian 5 km dan larian 10 km yang akan melalui jalan utama di sekitar bandar Kuantan, Ubai Pantai Sepat dan Tanjung Lumpur.

PERINGATAN: Jalan Sekitar Kuantan Akan Ditutup 20 Ogos Ini

“Terdapat beberapa jalan utama yang akan ditutup dengan kawalan oleh pihak polis semasa acara berjalan,” maklum PDRM Pahang.

Walau bagaimanapun, orang ramai masih boleh melalui jalan-jalan yang terlibat tetapi hendaklah berhati-hati dan sentiasa mengikut arahan pihak polis yang membuat kawalan.
Penutupan jalan hanya seketika sahaja di Jalan Jambatan Tanjung Lumpur di kedua-dua arah iaitu semasa peserta ‘Fun Run & Ride’ dilepaskan pada jam 8.00 pagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: