Antarabangsa

Rakyat Malaysia Sokong Rusia Tidak Kira Aliran Politik – Pakar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 25 April 2022 – Rakyat Malaysia yang cenderung menyokong Rusia dalam konflik perang Rusia-Ukraine sebenarnya tidak hanya tertumpu kepada mana-mana aliran politik.

Menurut sebuah kajian yang dikeluarkan oleh ISEAS – Yusof Ishak Institute, rakyat Malaysia yang cenderung menyokong Rusia terdiri daripada kedua-dua belah pihak, mereka yang berhaluan kiri dan kanan.

Kajian tersebut menyatakan antara sebab utama bagi fenomena ini adalah perasaan tidak senang rakyat Malaysia terhadap negara barat, terutamanya Amerika Syarikat.

Tambahnya, ketegasan Presiden Rusia, Vladimir Putin, dalam menentang negara-negara barat dilihat sebagai sesuatu yang menarik, terutama sekali dalam melawan dasar imperialis barat.

Adapun begitu, sekiranya dilihat kepada mereka yang lebih konservatif sahaja, kebanyakan alasan bagi menyokong Rusia timbul daripada sikap mesra umat Islam yang ditunjukkan Putin.

Antara alasan-alasan lain yang menyebabkan rakyat Malaysia tidak kira kecenderungan politik menyokong Rusia adalah mereka melihat tindakan Rusia sebagai sebuah tindak balas semulajadi ke atas kemaraan NATO.

Selain itu, sesetengah rakyat Malaysia juga berkongsi rasa ‘tidak puas hati’ terhadap dominasi negara-negara barat dalam arena politik dunia. Hal ini sekaligus menyebabkan mereka ‘bersimpati’ dengan Rusia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: