Antarabangsa

Rakyat Austria Protes Agenda Globalis, Kenaikan Kos Sara Hidup

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AUSTRIA, 12 September 2022 – Dianggarkan seramai 3,000 rakyat Austria berarak di sekitar beberapa jalan di Vienna pada Sabtu lalu bagi menunjukkan protes mereka terhadap kenaikan melampau kos sara hidup.

Selain daripada isu kenaikan kos sara hidup, para peserta juga menunjukkan protes mereka terhadap pentadbiran Austria serta “agenda globalis”.

Para peserta melakukan protes terhadap kerajaan mereka yang disifatkan sebagai “mengecewakan” rakyat sendiri dan bekerja bagi kepentingan “globalis”. Terdapat juga sebahagian aktivis yang membantah mengenai isu kewajiban vaksinasi COVID-19.

Namun perkara utama yang menjadi penggerak bagi protes jalanan tersebut adalah isu kenaikan harga bahan api yang melambung serta krisis inflasi yang melanda negara tersebut.

Para peserta protes juga menyeru supaya “suicide-sanctions”, iaitu langkah hukuman yang dikenakan terhadap Rusia berikutan operasi ketenteraannya di Ukraine, dibatalkan.

Perarakan protes ini juga dikatakan telah ditapis secara sepenuhnya, di mana tiada mana-mana media Austria ataupun media Eropah yang melaporkan tentang peristiwa ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: