Tempatan

Puasa Itu Sesuatu Yang Menyeronokkan – YouTuber Bukan Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 April 2022 – YouTuber bukan Islam, Sidney Redjo menyifatkan berpuasa sebagai sesuatu yang menyeronokkan.

Berkongsikan titik tolak bagaimana dan dari mana gadis kelahiran Amsterdam ini mula belajar berpuasa, Sidney berkata:

“Saya belajar berpuasa dari zaman sekolah menengah dari rakan sekelas saya yang Muslim. Saya amat kagum dengan mereka dan sering terfikir “macam mana mereka melakukannya?”. Sebelum ini, saya antara salah seorang dari mereka yang bertanyakan soalan popular “air pun tak minum?” kepada rakan-rakan yang berpuasa. Kini, saya merupakan antara orang yang menjawab “tak, minum pun tak”. Ia menyeronokkan.”

Walaupun dibesarkan sebagai seorang Kristian, Sidney menyatakan beliau sentiasa tertarik kepada agama Islam. Menurutnya, agama Islam memberikannya ketenangan

“Saya sentiasa tertarik kepada agama Islam. Walaupun dibesarkan sebagai penganut Kristian, tanpa mengetahui banyak, saya sentiasa merasa tenang dengan Islam. Ia sesuatu yang masuk akal bagi saya.”

Bercerita lanjut mengenai ibadah puasa, Sidney berkata, perbezaan puasa kali ini adalah, beliau mahu cuba berpuasa penuh tahun ini. Untuk pengetahuan, ini merupakan tahun keenam beliau berpuasa.

“Saya sudah bertahun-tahun mempraktikkan puasa. Cuma sebelum ini, saya hanya berpuasa untuk beberapa hari sahaja. Sebelum ini, apabila perut saya berbunyi kerana lapar, saya merasa malu dengan orang. Tetapi sekarang, apabila perut saya berbunyi, saya merasa bangga!”

Sidney kemudiannya berkongsian diet pemakanannya dalam bulan puasa.

“Untuk sahur, saya selalunya makan kurma dan air dalam kuantiti yang banyak. Untuk iftar pula, saya akan makan sup seperti sup harira (sup Maghribi), sup lentil dan sup labu yang dimakan bersama roti sayur. Untuk minuman pula, saya minum smoothie buah. Saya seorang separuh vegetarian.”

“Saya perasan, kalau saya banyak makan makanan dan minuman bergula untuk iftar, saya akan jadi kurang bertenaga keesosakan harinya,” kata Sidney.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: