Antarabangsa

Puak LGBT Turkiye Langgar Larangan Perhimpunan Pride, 50 Ditahan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISTANBUL, 26 Jun 2023 – Golongan LGBT di Turkiye mengadakan perhimpunan Istanbul Pride menentang larangan perhimpunan berkenaan menyebabkan 50 individu ditahan pihak berkuasa tempatan.

Lapor portal, aktivis LGBT telah berhimpun tanpa kebenaran bahkan menggantung bendera LGBT pelangi di tempat letak kereta bertentangan dengan taman tapak mereka berkumpul.

Mereka kemudiannya melaungkan slogan pro-LGBTQ dan slogan sayap kiri termasuk ‘Lari Tayyip, lari. Queer akan datang!’, ‘Pembebasan untuk queer akan menggegarkan dunia’ dan ‘Queer wujud, Kurdistan wujud!’.

BACA JUGA: Bom Lempar Meletup Ketika Latihan, Seorang Anggota TUDM Maut, 2 Jurulatih Cedera

BACA JUGA: Modi Nafi Dakwaan Diskriminasi Minoriti Muslim Di India

BACA JUGA: Projek Kontroversi Pulau Buatan Pulau Pinang Mula Julai Ini

Jawatankuasa Perbarisan Istanbul Pride berkata, mereka tidak akan berundur dalam menghadapi sekatan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan.

Bagaimanapun, Kerajaan pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan yang berakar umbi Islam memperkukuhkan pendiriannya terhadap kebebasan golongan berkenaan.

Minggu lalu, Erdogan mengecam komuniti songsang itu sebagai ‘jahat’ dalam ucapan parlimen dan berkata sekutunya tidak akan ada ‘kejahatan seperti itu’.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: