PRU-15

PRU-15: Wanita Dalam Iddah Keluar Mengundi Adalah Harus – Mufti Perak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IPOH, 17 November 2022 – Wanita dalam tempoh iddah diharuskan untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Sabtu ini dengan mematuhi beberapa syarat wajib, kata Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

Beliau berkata, proses mengundi boleh dianggap sebagai suatu kewajipan yang perlu dilakukan sendiri tanpa diwakili pihak lain seiring dengan kaedah fiqh yang menyebut “suatu kewajipan yang tidak sempurna melainkan dengannya maka ia juga wajib.”

“Di samping itu ia termasuk dalam kategori wajib mudayyaq iaitu kewajipan yang mesti dilakukan dalam tempoh tertentu sahaja dan oleh kerana tempoh mengundi adalah terhad dengan tempoh masa yang ditentukan dan tidak boleh ditangguhkan pada masa lain.”

Sehubungan itu, Jabatan Mufti Negeri Perak menerusi Irsyad Hukum Bil. 32 JPNPk berpandangan bahawa harus hukumnya untuk wanita yang dalam tempoh iddah untuk keluar mengundi dengan syarat mematuhi beberapa dhowabit (kriteria-kriteria) wajib.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut mengutarakan pandangan yang sama di mana wanita dalam tempoh iddah dibolehkan untuk keluar mengundi akan tetapi dengan mematuhi kriteria-kriteria tertentu seperti menjaga tatasusila dan adab, mengelakkan diri daripada perkara yang mengundang fitnah serta tidak berhias dan memakai wangi-wangian secara berlebihan.

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), iddah membawa maksud tempoh tertentu yang ditetapkan ke atas seorang wanita selepas diceraikan atau selepas kematian suami.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: