PRU-15 Pada Oktober? Ini Jawapan Setiausaha Agung UMNO
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2022 – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, menganggap desas-desus bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada 8 Oktober hanya sebagai sebuah spekulasi.
“Hampir setiap minggu akan ada spekulasi sehinggalah Perdana Menteri bubarkan Parlimen,” ujarnya seperti yang dilaporkan sebuah portal tempatan.
Tambahnya lagi, tarikh PRU-15 merupakan sesuatu yang hanya boleh ditentukan oleh Perdana Menteri.
Ahmad Maslan berpendapat bahawa PRU-15 lebih wajar dilakukan dengan lebih awal.
“Lagi awal lagi baik. Ini pendapat peribadi saya,” ujarnya.
“Terma 5 tahun hanya akan tamat setelah kita masuk ke bulan ke-5 tahun hadapan,” ulasnya lagi.
Baru-baru ini tular pelbagai spekulasi tentang tarikh akan berlangsungnya PRU-15, di mana tarikh 8 Oktober adalah antara tarikh yang dikatakan “berkemungkinan besar” akan berlakunya PRU-15.