Antarabangsa

Projek Kejam Zionis-AS Akan Tetap Gagal – Sejarawan Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

YAFFA, 12 Disember 2023 – Projek kekejaman Zionis merampas Palestin yang dibiayai pembayar cukai Amerika Syarikat (AS) akan menemui kegagalan, tegas sejarawan Israel, Ilan Pappe dalam buku baharunya.

Media melaporkan, projek itu hanya mampu bertahan dengan mengekalkan jutaan rakyat Palestin di bawah penindasan, malah kedegilan Zionis menerima hakikat ketamadunan Palestin menyebabkan masalah itu terus berkembang dalam politik dunia.

Ujarnya, “Di mata kepimpinan Zionis, masalah ini hanya boleh diselesaikan dengan memindahkan penduduk Palestin dan menggantikan mereka dengan pendatang Yahudi.”

“Selama lebih 75 tahun, Israel cuba menyelesaikan masalah ini, bermula dengan harapan menghapuskan etnik di Palestin akan berjaya memaksa penduduk asli Palestin berpindah ke negara lain.

“Namun selepas malapetaka Nakba, wilayah itu masih dipenuhi rakyat Palestin dan mereka yang diusir enggan menerima sebarang identiti lain malah, berjuang untuk kembali seperti yang mereka lakukan hingga hari ini,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Pappe mempersoalkan bagaimana Barat boleh mendakwa projek ganas yang telah memakan masa hampir 100 tahun ini dilakukan atas dasar demokrasi di Asia Barat.

Tegas ahli sejarah itu, “Sesetengah negara perlu berhenti mendakwa projek berusia berabad-abad yang bertujuan untuk mengosongkan tanah daripada penduduk aslinya secara paksa ini adalah projek yang mencerminkan demokrasi dan masyarakat bertamadun.”

“Jika ini berlaku, rakyat AS boleh berhenti bertanya mengapa ramai rakyat dunia membenci mereka dan orang Yahudi di seluruh dunia tidak akan dipaksa untuk mempertahankan perkauman Yahudi dengan menggunakan senjata antisemitisme dan penafian holocaust, tambahnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: