Program Vaksin Besar-Besaran Sukar Dilakukan – Pakar Kesihatan Awam
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 11 September 2022 – Program vaksinasi secara besar-besaran perlu dilakukan sekali lagi di Malaysia bagi melindungi rakyat negara ini dan membantu Malaysia keluar sepenuhnya daripada pandemik COVID-19, menurut Pakar Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Malina Osman.
Selain itu, beliau juga menyeru orang ramai mendengar syor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mencapai tahap kesihatan terbaik dan keluar dari pandemik serta mengingatkan ibu bapa agar tidak terpengaruh dengan sumber yang tidak tepat, sehingga enggan membawa anak-anak mereka untuk divaksinasi.
Walau bagaimanapun, Dr Malina Osman mengakui bahawa program vaksinasi secara besar-besaran ini adalah sukar untuk dilakukan dalam situasi sekarang.
“Saya mengharapkan sedemikian kalau diberi peluang, namun melihat keadaan tersebut agak sukar, sebab peluang dulu tidak dimanfaatkan sebaiknya, vaksin tidak dapat digunakan sebab luput tarikh dan Kerajaan juga ada kekangan kewangan untuk menampungnya.”
Malaysia memulakan program vaksinasi fasa pertama pada Februari tahun lalu dengan melancarkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebagai usaha mengekang penularan wabak COVID-19.