Program PrEP, Pihak Berkuasa Agama Tiada Hak Tegur – Boo Su-Lyn
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 25 Januari 2023 – “HIV medication has nothing to do with religion. Religious authorities cannot overstep their jurisdiction and tell health care professionals what to do/ what not to do,” tegas Boo Su-Lyn.
Dalam ciapannya di Twitter, Boo Su-Lyn turut menyiar ulang satu ciapan dari seorang wartawan, Finaz Yunus yang mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Mufti Selangor atas pendirian bahawa ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) dilarang diberi kepada golongan homoseksual.
BACA JUGA: Jepun Cadang Isytihar COVID-19 Sebagai Flu Bermusim
BACA JUGA: CPTPP: Pelabur Asing Boleh Guna Alasan Diperdaya Kerajaan Malaysia
BACA JUGA: Pengangkutan Percuma Untuk OKU & Pelajar Sekolah – Menteri
Tegas Boo Su-Lyn, “KKM needs to defend their own PrEP program.”
“Everyone has the right to health care without discrimination,” katanya lagi.
Jabatan Mufti Selangor dalam laman webnya berkata, pengambilan atau pemberian PrEP diharuskan kepada pasangan suami isteri yang salah seorang daripada mereka dijangkiti HIV.
“Adapun pemberian kepada mereka yang diketahui mengamalkan cara hidup homoseksual adalah dilarang kerana ia dianggap sebagai bersubahat di dalam perkara dosa dan kemaksiatan,” kata jabatan itu, menjawab persoalan mengenai apa hukum seorang pengamal perubatan memberikan ubat pencegah jangkitan HIV, PrEP kepada individu yang mengamalkan homoseksual.
Dalam isu pemberian PrEP, Setiausaha Majlis Ulama ISMA (MUIS), Dr Ahmad Sanusi Azmi berpendapat bahawa, hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengurangkan risiko penularan jangkitan HIV dengan melakukan projek rintis penggunaan ubat PrEP adalah umpama mewujudkan kempen ‘safe sex’.
Ujarnya, pemberian PReP ini bukan sahaja dibantah oleh persatuan doktor-doktor pengamal perubatan sendiri, malah Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Malaysia (I-Medik) sendiri melihat tindakan KKM yang mahu meluaskan penggunaan ubat PrEP kepada pasangan homoseksual berstatus HIV-negatif, seakan memberi galakan budaya songsang itu di kalangan masyarakat.