Produser Papan Atas Hollywood Disabitkan Bersalah Tuduhan Merogol
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
AMERIKA SYARIKAT, 20 DISEMBER 2022 – Mantan penerbit filem, Harvey Weinstein telah didapati bersalah atas tuduhan merogol serta turut didapati bersalah atas dua lagi tuduhan lain yang turut berkaitan dengan serangan seksual.
Keputusan tersebut telah dikeluarkan oleh seorang hakim di Los Angeles pada Isnin lalu. Keputusan ini telah menjadikan penerbit terkenal itu dikenakan sabitan kedua setelah berdepan dengan tuduhan berkenaan gangguan seksual lima tahun lalu.
Hakim telah mendapati bahawa Weinstein telah bersalah bagi kesalahan merogol, seks oral secara paksa serta kesalahan penembusan seksual dengan objek asing yang melibatkan seorang wanita.
Namun Weinstein dibebaskan bagi tuduhan-tuduhan yang berkaitan dengan mangsa kedua sebagaimana yang telah diumumkan oleh Mahkamah Tinggi Los Angeles.
Weinstein yang kini berusia 70 tahun sudah pun menjalani hukuman penjara untuk 23 tahun setelah beliau disabitkan bersalah bagi kesalahan salah laku seksual di New York.
Sabitan hukuman terhadap Weinstein ini telah mendapat perhatian serta membuatkan beberapa orang yang dikatakan mangsa mantan penerbit itu terpanggil untuk membuat kenyataan, sebagaimana sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh mantan model dan pelakon yang mana telah menjadi mangsa rogol Weinstein pada 2013. Katanya,
“Harvey Weinstein telah menghancurkan sebahagian dari hidup saya pada malam tersebut pada tahun 2013 dan saya takkan mampu memperolehinya semula. Perbicaraan jenayah itu berlangsung dengan dahsyat dan para peguam Weinstein telah membuatkan saya seolah-oleh berada di dalam neraka sewaktu menjadi saksi, namun saya tahu yang saya perlu menamatkan perkara ini dan saya berjaya. Saya berharap Weinstein takkan melihat saya di luar penjara lagi seumur hidupnya.”