Iqtisad Pribumi

Prejudis (Taksub?): Melayu Sahaja Taksub? – Hezri Sardi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Dalam media sosial, selalu kita baca pasal taksub. Orang ini taksub agama Islam. Orang itu taksub kepada parti politik tertentu. Selalunya, yang kena label taksub ialah sama ada orang Islam yang cuba amalkan agama atau penyokong parti politik. Lagi sedap, kalau penyokong parti politik yang berunsur agama, lagi lah teruk kena label “taksub”. Kemudian, ada lagi label taksub kepada tokoh-tokoh tertentu termasuklah tokoh media sosial. Di Malaysia, orang Islam, Melayu paling senang kena label “taksub”. Manakala, orang Cina misalnya tak pernah kena label taksub, malah orang Cina di media sosial paling seronok label orang lain taksub. Apabila seseorang melabel orang lain “taksub”, dia telah menjatuhkan hukum hitam putih. Orang itu “taksub”, orang ini tidak “taksub”. Walhal taksub itu hanya satu label yang tiada makna sangat.

Apa yang sebenarnya wujud hanya lah “prejudis” (pre-conceived notion). Prejudis ini macam berat sebelah. Kalau kita suka A, kita pun berfikir untuk sesuaikan hujah untuk sokong A. Kalau kita benci B, kita pun sesuaikan hujah untuk bantai B. Justeru, prejudis adalah 2 hala. Ia boleh menyokong, boleh membenci. Dan sebagaimana taksub, kita tak boleh hukum, orang itu prejudis, orang ini tidak prejudis. Kerana prejudis ialah satu sifat yang diukur.

Misalnya, “berat”. Semua orang dan benda ada “berat”. Tapi kita tak boleh kata orang itu berat, orang ini tidak berat. Yang kita boleh kata:
– Si A berat 40 kg, si B berat 60 kg. Jadi, B lebih berat daripada A.
– Untuk naik lif, berat mesti tak lebih 100 kg.
Justeru, berat cuma satu ukuran. Ia boleh dinaikkan dan diturunkan. Ia boleh dibandingkan, untuk tahu mana lebih berat dan kurang berat.

Begitu juga dengan prejudis. Ia diukur. Ia relatif, untuk dibandingkan. Semua orang ada prejudis. Saya pun ada prejudis. Cuma sama ada prejudis itu kurang atau lebih.

Prejudis ada banyak sangat jenis tetapi yang utama ada 4 saja. Tak betul kalau kata prejudis ada 4 jenis saja, ia hanya untuk senang faham. Macam mazhab ekonomi ada banyak tapi untuk senang faham kita kata mazhab ekonomi cuma ada Keynesian, Chicago, Marx, Austrian. Macam mazhab Fiqh ada banyak tapi untuk senang faham, kita kata Syafie, Hanbali, Zahiri, Maliki, Hanafi. Begitu juga dengan jenis prejudis, ada 4 jenis supaya anda senang faham.

1) Authoritarian Theory of prejudice

Cara hidup dan masa silam yang teruk menyebabkan seseorang itu terlampau tegas. Misalnya Saddam Hussein dan Hitl*r jadi kuku besi kerana apa berlaku masa mereka membesar.

2) Culture theory of prejudice

Prejudis daripada budaya. Orang tua mewariskan prejudis kepada orang yang lebih muda.

3) Conflict theory of prejudice

Ini banyak kita lihat. Kumpulan yang bertentangan ada prejudis terhadap satu sama lain.
Cina prejudis kepada orang Melayu dan agama Islam. Penyokong parti prejudis, sokong buta tuli parti mereka tapi benci tanpa sebab kepada parti politik lain.

4) Scapegoat theory of prejudice

Ini banyak berlaku pada orang perseorangan.
Ada orang berasa di dunia ini, dia saja yang bagus. Orang lain dipandang rendah. Kalau ada masalah, dia salahkan orang lain saja. Dia tak salah.

Tapi oleh sebab jenis prejudis itu banyak, ada juga prejudis dalam bidang sains atau ilmiah. Saintis misalnya selalu bila buat eksperimen, mereka membuat kesimpulan secara inductive reasoning. Ini memerlukan “background theory” atau anggapan tertentu. Sama macam apa yang dipanggil ilmu ekonomi. Penganalisa ekonomi Kerajaan melihat data dan cuba mencari kaitan antara OPR dengan inflasi kos sara hidup. Dalam kepala otak dia, dia dah prejudis siap-siap yang “OPR naik, inflasi naik”. Prejudis itu jadi dia punya “background theory”. Kalau dia tak prejudis, dia kan tengok data, bukan menyesuaikan takrifan mengikut prejudis awal. Macam juga bila kata dalam teori pasaran, bila permintaan naik, penawaran kekal sama, harga naik. Ini juga prejudis. Sama macam McDonald yang belanja besar buat iklan. Iklan itu mencipta prejudis orang untuk membeli McDonald.

Prejudis ini semua orang ada. Cuma sikit atau banyak. Kalau prejudis itu tebal, pemikiran kita tak tajam, tak betul. Misalnya, kita ada kenal dengan seorang ahli politik. Kita pun prejudis menyokong dia walaupun ada hujah yang betul untuk mengkritik ahli politik itu. Itu maknanya prejudis menghalang kita berfikir betul.

Dan orang cina misalnya suka kata orang Islam yang ikut agama ni taksub walhal taksub itu tak wujud. Yang wujud hanya “prejudis” dan prejudis pun ada banyak kategori. Orang Cina yang label orang Melayu atau Islam sebagai “taksub”, mereka sendiri pun mempunyai pelbagai prejudis yang tinggi tinggi.

Saya, bila berbincang atau berhujah dengan orang akan sentiasa cuba mengesan prejudis orang. Antara benda yang menebalkan prejudis ialah “ideologi”. Misalnya, penyokong parti politik tertentu misalnya mempunyai “ideologi” tertentu. Ideologi itu sendiri ialah prejudis yang bersarang dalam fikiran orang ramai.

Begitu juga bila berbincang pasal isu ekonomi. Orang pasti mempunyai prejudis tebal berpunca daripada malas nak mengerah otak untuk bersifat kritis atau malas menambah pengetahuan. Kalau tak nak fikir mendalam, kalau malas nak tambah ilmu, jalan paling mudah ialah membuat anggapan, buat “background theory”, tebalkan prejudis!

Hezri Sardi

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: