Polis India Tahan Kanak-Kanak Usia 8 Tahun Atas Kesalahan Merusuh
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
BIHAR, 12 September 2022 – “Di Barhariya, Siwan, Polis Bihar menahan kanak-kanak ini yang berusia 8 tahun ketika kanak-kanak ini sedang menunggu untuk berjemaah Maghrib atas tuduhan merusuh,” kata wartawan, Meer Faisal.
In Barhariya, Siwan, Bihar Police detained this 8-year-old child who went to offer Maghrib prayers yesterday, saying that this child was rioting. Hello @yadavtejashwi @NitishKumar your Police officials are also demanding money to release this child. Kindly look at this matter. pic.twitter.com/WFsoYsegyP
— Meer Faisal (@meerfaisal01) September 9, 2022
Bukan itu sahaja, pihak polis juga menuntut wang untuk pembebasannya.
Portal antarabangsa melaporkan, Rizwan, 8 tahun, ditangkap susulan rusuhan yang berlaku sewaktu Perhimpunan Mahavir Akhara pada Khamis lepas.
Pada hari itu, beratus-ratus lelaki Hindu bersenjata menjerit slogan Islamofobia dan memainkan lagu-lagu lucah.
Malah, pelampau-pelampau Hindu itu juga bertindak membaling batu dan selipar ke arah masjid dan jemaah yang berada di dalamnya.
Mereka juga membakar beberapa buah gerai dan kedai milik Muslim sewaktu perarakan tersebut.
Provokasi itu membawa kepada konfrontasi antara Muslim dan pelampau Hindu.
Seramai 25 Muslim ditahan atas dakwaan terlibat dalam rusuhan tersebut. Mereka yang ditahan adalah jemaah yang sedang menunaikan solat di sebuah masjid tempatan.