Tempatan

Polis Buka Siasatan ‘Perhimpunan LGBT’ Kuala Lumpur

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 Mac 2023 – Pihak polis telah membuka siasatan terhadap satu perhimpunan terlarang yang diadakan di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam.

Kenyataan media Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan bin Yahaya menyatakan, “Pada 12/03/2023 jam lebih kurang 1000hrs, terkesan satu perhimpunan serta perarakan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang diadakan di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.”

Katanya, hasil pemerhatian mendapati seramai lebih kurang 150 orang terdiri daripada aktivis hak asasi (NGO), mahasiswa dan ahli parti politik menyertai perhimpunan tersebut.

Mereka berarak sambil memegang plakad bertulis, ‘Imagine If Men Are As Disgusted With Rape As With Periods, Child Not Pride, Trans Women Are Woman, Police Your Behaviour Not My Body’ dan lain-lain lagi.

BACA JUGA: Kerja Lebih Masa, Pengamal Perubatan Swasta Bangkitkan Isu Gaji

BACA JUGA: Kerajaan Perpaduan Kurang Legitimasi Di Kalangan Orang Melayu – Pemerhati

BACA JUGA: Parlimen Bakal Bentuk Jawatankuasa Khas Isu Palestin

Tambah Noor Delhan, siasatan dibuka di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Kesemua individu yang sedang dikenal pasti terlibat di dalam perhimpunan tersebut akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk diambil keterangan bagi siasatan yang dijalankan dalam masa terdekat.”

Dalam pada itu, perarakan tersebut yang dikatakan bersempena Hari Wanita Antarabangsa turut menerima reaksi negatif netizen.

Seorang pengguna Twitter berkata, “Mereka semakin berani, siapa lagi kalau bukan geng LGBT, perosak akidah umat islam.”

Manakala seorang lagi pengguna membuat ciapan, “Memang bukan kumpulan lbgt tapi penganjur pun dah bagitau tujuan perhimpunan tu nak menuntut gender equality yg mana itu memang antara apa yg puak lgbt tuntut selama ni..please utk seminit tolak tepi politik dulu..tengok apa yg berlaku tu..umum dah tahu siapa dibelakang mereka ni.”

Mengulas lanjut, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak terlibat dengan sebarang perhimpunan yang melanggar peruntukan undang-undang, malah tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: