Tempatan

PM Mahu Kaji Semula Pengajian Islam Di Sekolah & IPT

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Januari 2023 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, pengajian agama Islam di sekolah dan institusi pengajian tinggi harus dikaji semula bagi memastikan nilai kemanusiaan sejagat diajar lebih baik.

Katanya dalam sebuah majlis pelancaran buku “Knowledge, Tradition and Civilisation: Essays in honour of Professor Osman Bakar” di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC) semalam,

“Ada cadangan cendekiawan seperti Profesor Osman yang menyatakan pengajian agama Islam yang diajar di sekolah perlu dilihat semula dan dikaji semula bagi memastikan apa yang diajar memberi kefahaman lebih baik tentang isu nilai, budi pekerti dan nilai kemanusiaan sejagat. Ini perlu dititikberatkan.”

BACA JUGA: AS Hantar Kereta Kebal Canggih Abrams Buat Ukraine

BACA JUGA: ‘Tiger Pod’ Sebuah Ancaman Bentuk Baharu?

BACA JUGA: Harga Barang Mentah Tidak Turun, Tauke Mydin Sanggah Kenyataan Menteri

Menurutnya, “Pendidikan agama Islam hendaklah berasaskan pemahaman mendalam terhadap al-Quran, sunnah dan ulama terdahulu. Tafsiran mesti dipersoalkan dan diperbetulkan jika perlu. Itu tradisi menuntut ilmu.”

Jelasnya, langkah tersebut mengambil kira cadangan ilmuan dan pemikir Islam yang khuatir dengan salah faham agama yang dibangkitkan pelbagai pihak termasuk ahli politik.

Beliau berpendapat, perlu ada pemahaman lebih baik tentang agama dalam kalangan orang ramai untuk memastikan kelangsungan Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan agama.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri juga menyatakan bahawa pengajian tamadun Islam sudah lama tertangguh dalam kurikulum kebangsaan di semua peringkat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: