Tempatan

Pindaan Perkara 10: Kerajaan & Pembangkang Setuju Tubuh Jawatankuasa Pilihan Khas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 April 2022 – Dalam perbahasan di Parlimen hari ini, wakil-wakil dari pihak Kerajaan dan pembangkang bersetuju untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas bagi meneliti pindaan yang akan dilakukan demi meneruskan agenda Akta Anti Lompat Parti.

Wakil-wakil rakyat dari kedua belah pihak bersetuju supaya pindaan Perkara 10(3)(a) ini dirujuk dahulu kepada Jawatankuasa Pilihan Khas sebelum usul tersebut dibentangkan ke Mesyuarat Khas Parlimen akan datang.

Lapor Awani, jawatankuasa tersebut akan berpaksikan keterlibatan kedua-dua belah pihak, di mana ahli jawatankusa tersebut akan membincangkan cadangan-cadangan dan isu yang dibangkitkan di Parlimen berkaitan pindaan Perlembagaan tersebut.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said (BN) telah mengusulkan supaya pindaan Perkara 10(3) tersebut dilakukan dengan skop yang lebih spesifik dan tidak terlalu luas sehingga mudah disalahguna.

Usul pindaan Perlembagaan ini adalah bertujan menyediakan kerangka undang-undang yang sesuai bagi membolehkan Akta Lompat Parti digubal.

Membincangkan isu ‘lompat parti’ dalam kalangan ahli politik, MP Tangga Batu mendakwa beliau pernah ditawarkan untuk bertukar parti namun beliau tidak menerimanya.

“Siapa tak terliur apabila dijanjikan puluhan juta ringgit. Ringgit ya, bukan rupiah,” ujar Puan Rusnah Binti Aluai.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN), turut menyatakan bahawa beliau juga pernah ditawarkan untuk ‘lompat parti’. Beliau juga menambah supaya undang-undang anti lompat parti itu perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum Pilihan Raya Umum boleh dilaksanakan.

Ahli Parlimen Jelutong, Sanisvara Nethaji Rayer (DAP) menyifatkan perbuatan ‘lompat parti’ umpama penderhakaan kepada ibu sendiri.

“Saya gunakan istilah ‘menderhaka’ kerana apabila kita meninggalkan satu parti politik dan kita ‘melompat’ ia adalah seolah-olah kita menderhaka kepada ibu kita sendiri.”

“Itu adalah prinsip yang dinyatakan dalam ajaran-ajaran agama Hindu juga,” tegasnya.

Menurut maklumat yang diberikan kepada wartwan Samudera, undian bagi menentukan pindaan Perlembagaan ini dijangka akan cuba diselesaikan sekitar bulan Syawal ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: