Antarabangsa

Pilihanraya AS 2020 Dipalsukan – Putin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RUSIA, 17 Januari 2024 – Presiden Rusia, Vladimir Putin telah menyatakan bahawa siri pilihanraya di rantau-rantau baharu Rusia adalah telus dan jujur kerana orang ramai benar-benar hadir ke tempat mengundi, tidak seperti undi pos seperti di Amerika Syarikat (AS).

Kenyataan tersebut dikeluarkan sewaktu beliau dalam sebuah mesyuarat bersama para pendidik tempatan di Moscow pada Selasa lalu.

Dalam kenyataan tersebut, beliau turut menyatakan bahawa pilihanraya di AS adalah contoh bagi amalan yang tidak sepatutnya berlaku dalam demokrasi.

Ujarnya, “Mungkin boleh saja untuk palsukan apa-apa saja. Seperti pilihanraya yang berlaku di AS sebelum ini yang telah dipalsukan menerusi undian pos. Ianya jelas apa sebenarnya undian pos itu.”

“Mereka membeli kertas undi dengan $10, tulis pada kertas itu dan tanpa sebarang seliaan daripada pemerhati, masukkan kertas itu dalam kotak undi. Dan itulah dia.”

Beberapa negeri di AS telah meminda undang-undang pilihanraya mereka pada 2020 untuk membenarkan undian pos dilakukan dengan menggunakan alasan pandemik Covid-19.

Kenyataan Putin itu diucapkan sebagai jawaban balas bagi persoalan tentang undian di rantau Kherson dan Zaporozhye serta Donetsk dan Lugansk People’s Republic yang merupakan bekas wilayah Ukraine sebelum menyertai Rusia pada 2022.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: