Tempatan

Petisyen Pengampunan Diraja Datuk Seri Najib Tun Razak Dilancar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 April 2023 – Satu petisyen kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah dilancarkan dalam talian pada Jumaat lepas bagi memohon Pengampunan Diraja terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam petisyen itu mendesak agar mantan Perdana Menteri Ke-6, Datuk Seri Najib dilepaskan dan dibebaskan segera kerana ketidakadilan perbicaraan serta kepincangan sistem kehakiman yang sangat serius dalam kes SRC dihadapi beliau.

BACA JUGA: Kereta Polis Dengan Muatan Mercun Bernilai RM25,000 Ditahan

BACA JUGA: Jalan Gua Musang-Kuala Lipis Ditutup, Polis Cadang Laluan Alternatif

BACA JUGA: Cadangan Pendekkan Tempoh Haji Lebih Mahal Kos

“Antaranya Hakim YA Nazlan telah melanggar Etika Kehakiman 2009 dengan menyorokkan penglibatannya bersama Maybank dan mencadangkan penubuhan SRC,” katanya.

Petisyen tersebut juga mendakwa Ketua Hakim Negara telah melanggar Seksyen 212, 217 Kanun Keseksaan kerana melindungi Nazlan selepas menerima laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Rasuah (SPRM).

Selain itu petisyen berkenaan turut menyatakan sokongan penuh dissenting judgement oleh YA Dato Abdul Rahman Sebli untuk dikaji secara mendalam oleh Lembaga Pengampunan Diraja supaya segala hukuman terhadap Dato Seri Najib digugurkan.

“Antaranya adalah hak peguam Datuk Seri Najib iaitu Hisyam Teh Poh Teik untuk meminta penangguhan kerana dokumen-dokumen terlibat adalah terlalu banyak (30 ribu helai).”

“Kedua, Mahkamah Persekutuan yang diketuai YAA Tg Maimun telah gagal memastikan keadilan kerana secara tidak langsung seolah-olah tidak membenarkan Datuk Seri Najib membela dirinya.”

“Ketiga, Pembelaan Datuk Seri Najib langsung tidak didengari mahkamah.”

“Keempat, Datuk Seri Najib dinafikan hak asas untuk mendapatkan perbicaraan yang adil.”

“Terakhir, Datuk Seri Najib sepatutnya dilepas dan dibebaskan segera kerana berlaku pelanggaran keadilan yang serius.”

Petisyen itu memohon agar kerajaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengambil tindakan sewajarnya.

“Keadilan bukan sekadar tentang tertuduh bersalah atau pun tidak, yang lebih utama adalah tentang hak tertuduh mendapat perbicaraan yang adil seperti yang dijamin dalam Perlembagaan.”

“Menjunjung kasih Tuanku. Daulat Tuanku,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: