Perubahan Iklim: Lebih Separuh Tasik Dunia Mengering
COLORADO, 22 Mei 2023 – Lebih daripada 50 peratus tasik dan takungan air terbesar di dunia mengering, dedah penilaian baharu yang dikeluarkan baru-baru ini.
“53 peratus tasik di seluruh dunia mengalami penurunan dalam simpanan air. Kajian membandingkan kehilangan ini dengan magnitud 17 Lake Meads, takungan terbesar di Amerika Syarikat.”
“’Penjenayah’ utamanya: pemanasan iklim dan penggunaan yang tidak mampan oleh manusia,” lapor penilaian tersebut yang dimuat naik di laman web Science.
BACA JUGA: Cuaca Panas: Jalan Lama Tenggelam Hampir 30 Tahun Kini Muncul Semula Di Perlis
BACA JUGA: Perubahan Iklim: Malaysia Perlu ‘Berdikari’ Hasilkan Makanan Sendiri
BACA JUGA: Perlis Bina Telaga, Persediaan Darurat Iklim
Menurut pengarang utama kajian itu, Fangfang Yao dari Institut Koperasi untuk Penyelidikan dalam Sains Alam Sekitar di Universiti Colorado Boulder, perubahan iklim dan aktiviti manusia semakin mengancam tasik yang menyimpan 87% air tawar. Namun, trend terkini dan pemacu perubahan isipadu tasik masih tidak diketahui di seluruh dunia.
“Dan banyak kesan daripada manusia dan perubahan iklim pada kehilangan air tasik sebelum ini tidak diketahui, seperti kekeringan Tasik Good-e-Zareh di Afghanistan dan Tasik Mar Chiquita di Argentina.”
Pengarang bersama kertas kajian itu, Balaji Rajagopalan pula berkata, pengeringan ini secara langsung mencetuskan risiko keselamatan bekalan air pada masa depan bagi manusia.
“Ini memberi kesan kepada 25 peratus penduduk penduduk dunia yang tinggal di persekitaran kawasan tasik, bermakna kira-kira dua bilion orang akan terjejas,” ujarnya.