Personal Liberty Perlembagaan Terpakai Untuk Semua Termasuk LGBT – Afiq M Noor
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 23 Mac 2022 – Afiq M Noor, seorang aktivis menegaskan kebebasan individu di bawah Perlembagaan perlu diinterpretasikan secara luas sehingga menjamin hak semua orang termasuk golongan LGBT.
Memberi contoh satu kes mahkamah bagi menguatkan kenyataan, Afiq di laman Twitternya berkata,
“Mahkamah di dalam kes Tan Teck Seng memberikan definisi yg sangat liberal kepada Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan. Personal liberty should be generously interpreted sehingga menjamin bukan sahaja hak untuk hidup tetapi hak untuk hidup yang berkualiti dan bermaruah. Ini terpakai untuk semua termasuk LGBT.”
BACA: Tuhan Tak Turun Bersidang Di DUN – Ketua Undang-Undang dan Perjanjian Antarabangsa SUHAKAM
BACA: Iktiraf Transgender Selari Dengan Ajaran Islam – Zaid Malek LFL
BACA: Prof Rafidah Seru Pesuruhjaya SUHAKAM Jernihkan Kenyataan Afiq Tolak Fatwa
Beliau yang juga sedang menjawat jawatan sebagai Ketua Undang-Undang dan Perjanjian Antarabangsa SUHAKAM turut menyentuh isu terapi penukaran yang menurutnya tidak termasuk di bawah tafsiran perintah agama Islam, Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan.
Dakwanya, Islam dalam Perlembagaan Persekutuan terbatas kepada perkara yang disebutkan dalam Jadual 9 Senarai Negeri.
“Ada sebahagian orang menyatakan conversion therapy sebagai hak beragama bagi kumpulan minoriti seksual. Mereka lagi-lagi merujuk Perkara 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.”
“Harus diingat, Perlembagaan Persekutuan harus dibaca secara keseluruhan. Perkara 3 dan 11 tidak boleh dibaca mengatasi peruntukan lain dalam Perlembagaan,” tambahnya di dalam Twitter.
Menentang keras pelaksanaan terapi penukaran, Afiq mendakwa bahawa ia bercanggah dengan Perlembagaan dan hak asasi manusia
“Conversion therapy bagi LGBT adalah bercanggah dengan hak asasi manusia dan Perlembagaan sama ada ‘voluntary’ atau tidak.”
“Tambahan jika ia dilakukan oleh agensi kerajaan dengan dana awam. Sesiapa sahaja punya hak untuk hidup dan dilayan secara bermaruah dan saksama tanpa diskriminasi (Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan).”
Justeru, JAKIM dan pejabat agama negeri tidak ada bidang kuasa melaksanakan terapi penukaran seperti Mukhayyam.
“Perkara 160(2) juga tidak mendefinisikan perkataan undang-undang sebagai undang-undang Islam, fiqh. Adakah JAKIM dan pejabat agama negeri ada bidang kuasa untuk melaksanakan conversion therapy – mukhayyam dan sebagainya? Tidak. Bolehkah wang awam digunakan utk membiayai program ini? Tidak,” tegas Afiq M Noor.
Sebelum ini, Afiq M Noor pernah mengeluarkan kenyataan mendakwa bahawa Tuhan tidak turun bersidang ke Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam isu Undang-Undang Jenayah Syariah 2019.⁰
Kerana itulah undang-undang tersebut boleh dikritik, ujarnya.
“Jadi Tuhan tak turun bersidang di Dewan Undangan Negeri. Ini semua laki-laki dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang duduk berbincang dan luluskan undang-undang ini.”