Tempatan

Perolok Gempa Turkiye, Charlie Hebdo ‘Diajar’ Kartunis Turkiye

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Februari 2023 – Susulan karikatur seakan memperolok bencana gempa bumi di Turkiye, majalah Perancis, Charlie Hebdo mendapat ‘serangan balas’ oleh kartunis Turkiye.

Dengan kemahiran digital yang dimiliki, pereka grafik dan animasi dari Turki, Abrar Sabbah menggambarkan cara untuk menghasilkan karikatur yang lebih manusiawi.

BACA JUGA: Projek Pelabuhan Laut Dalam Melaka, Bertindih Zon Warisan Sejarah

BACA JUGA: Tiada Apa Di Dunia Ini Yang Tiada Ancaman – Hj Aminuddin

BACA JUGA: Usul Tiada Pertandingan: ROS Bagi UMNO 60 Hari Perjelaskan

“Wahai samseng Charlie Hebdo, kamu tidak sepatutnya melukis seperti itu. Kami akan berdiri semula. Warga yang perkasa ini akan bangkit kembali,” tulisnya di Twitter dengan akaun Abrar Sabbah.

Sementara itu, seorang wartawan Malaysia dengan nama Nazmi Yaakub di Twitternya turut menyeru kartunis Malaysia untuk melancarkan ‘perang’ karikatur kepada Charlie Hebdo.

“Kartunis Timur tengah sudah lancarkan ‘perang’ karikatur. Kita bila lagi?” katanya.

Baru-baru ini, majalah berkenaan yang terkenal dengan karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W diselar berikutan karikaturnya yang seolah memperolok bencana gempa bumi di Turkiye.

Bencana gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye dan Syria baru-baru ini kini telah mencatatkan lebih 20,000 kematian, melebihi angka yang diramalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: