Antarabangsa

Perogol Muslimah Hamil Dibebaskan Adalah Kasta Mulia – Pemimpin BJP

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GUJERAT, 19 Ogos 2022 – Ahli Dewan Perundangan Negeri Gujerat, CK Raulji menegaskan bahawa 11 perogol Muslimah, yang dibebaskan baru-baru ini adalah dari kasta mulia dan memounyai budi pekerti yang baik.

“Saya tak tahu lah sama ada mereka buat jenayah itu atau tidak. Tingkah laku mereka baik sewaktu dalam penjara, mereka adalah dari kasta Brahmin…manusia dengan budi pekerti mulia (good sanskaar),” katanya dalam satu wawacara bersama Mojo Story.

Pemimpin Bharatiya Janata Party (BJP) itu merupakan salah seorang dari panel yang mengesyorkan pembebasan 11 orang perogol dan pembunuh itu.

Katanya lagi, dalam kes keganasan komunal, orang yang tidak bersalah sering menjadi sasaran. CK Raulji juga menegaskan bahawa ahli keluarga banduan adalah dari kalangan orang-orang “jujur”.

Isnin baru-baru ini, 11 orang tertuduh yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas tuduhan merogol dan membunuh 7 ahli keluarga Bilkis Bano telah dibebaskan selepas kerajaan Gujerat meluluskan permohonan mereka di bawah dasar remisinya.

Dalam kejadian pada 3 Mac 2002 yang dikenali dengan nama rusuhan Gujerat itu, Bilkis Bano yang ketikaa itu sedang hamil 5 bulan telah dirogol beramai-ramai oleh pelampau Hindu. Mereka juga membunuh tujuh orang ahli keluarganya termasuk anak kecilnya yang ketika itu baru berusia 3 tahun.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: