Teknologi

Perlumbaan AS, China & UK Untuk ‘Kuasai’ Dunia Gunakan Quantum Computer

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDIA, 25 September 2022 – Amerika Syarikat (AS), China dan United Kingdom (UK) dipercayai sedang berusaha untuk mengembangkan teknologi Komputer Kuantum (Quantum Computer) – sebuah teknologi yang dapat merubah landskap politik, pertahanan, dan teknologi sesebuah negara.

Menurut sebuah laporan, teknologi Quantum Computer ini dikatakan mampu memproses maklumat dalam skala yang tidak pernah digapai oleh bayangan manusia sebelum ini, bahkan ianya jauh lebih berkuasa berbanding Supercomputer, teknologi yang tidak kurang hebatnya.

Dengan adanya teknologi ­ini, infrastruktur pertahanan, artificial intelligence (AI), infrastruktur digital dan sebagainya dapat diperkasakan dengan mudah.

Menurut laporan yang sama, ketiga-tiga negara terbabit telah melaburkan sebahagian besar perbelanjaan negara mereka bagi mengkaji teknologi ini, dengan Amerika Syarikat sebagai pemilik kepada Komputer Kuantum terbesar dunia.

Dalam masa yang sama, ketiga-tiga negara ini sedang saling berebut untuk mendapatkan pekerja-pekerja yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini, dan saling ‘pangkah-memangkah’ satu sama lain dengan menyekat perkongsian teknologi antara syarikat-syarikat negara mereka.

Namun, teknologi komputer berkuasa kuantum ini merupakan sebuah ‘pintu’ kepada pelbagai kebarangkalian – dan banyak yang masih belum berjaya dipelajari dari penggunaan teknologi ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: