Perlis Bina Telaga, Persediaan Darurat Iklim
KANGAR, 18 April 2023 – Kerajaan Perlis bakal membina telaga tiub atau ‘telaga boring’ bagi membekalkan air di negeri itu jika Kerajaan mengisytiharkan darurat cuaca panas.
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, berkata telaga tiub bakal di berdekatan dengan jalan raya bagi memudahkan orang ramai dapatkan bekalan air dan jumlah telaga tiub serta lokasi masih dalam peringkat kajian.
BACA JUGA: 99 Kawasan Sekitar Selangor Alami Gangguan Bekalan Air Isnin Ini
BACA JUGA: Isu Kalimah Allah: Arahan Politik Sampai Mengatasi Rukun Iman – Buzze Azam
Namun begitu, setakat ini, paras air di Empangan Timah Tasoh dilaporkan masih mencukupi dan berada pada paras yang mampu untuk bertahan selama dua bulan lagi, katanya.
Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan Program Rakyat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-80 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, di Dataran Sheikh Ahmad, pada Rabu.
Mengulas lanjut, Mohd Shukri berkata, Kerajaan Negeri sudah melakukan perbincangan dengan Syarikat Air Perlis (SAP) dan kini sedang menjalankan kajian terperinci dan meneliti lokasi tertentu untuk dijalankan kerja pembinaan telaga tiub itu.
Dalam pada itu, beliau turut menasihati orang ramai, terutama pesawah supaya minum secukupnya dan tidak terdedah lama dalam cuaca panas, yang boleh menjejaskan kesihatan.
Terdahulu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menjangkakan beberapa empangan di negara ini hanya mampu menampung air hanya kira-kira 40 hari hingga empat bulan dalam menghadapi fenomena el Nino.
Ia termasuklah Empangan Timah Tasoh di Perlis.