Antarabangsa

Perjanjian Pandemik – Sekali Lagi Gagal Capai Kata Sepakat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELASA, 28 Mei 2024 – Pemimpin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus telah membuat kenyataan dalam menzahirkan keyakinannya terhadap perlaksanaan perjanjian berkaitan dengan pandemik global.

Kenyataan Ghebreyesus tersebut telah dikeluarkan pada Isnin lalu. Badan antarabangsa yang dianggotai oleh 194 negara ahli itu telah mengalami kesulitan untuk menderaf sebuah perjanjian berkenaan undang-undang tindak balas pandemik baharu sejak daripada peristiwa COVID-19.

Para perunding sekali lagi telah gagal untuk mengeluarkan sebuah deraf pada pertemuan Jumaat lalu dalam memperolehi kelulusan formal dari badan tersebut.

Pada ucapan pembukaan pertemuan negara ahli itu, Tedros menyatakan bahawa pihak mereka berharap agar mereka berjaya mendapatkan kesepakatan dalam perhimpunan tersebut.

Beliau juga turut menyatakan “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan” dan beliau “kekal yakin” bahawa perjanjian tersebut tetap kan berlaku. Ujarnya lagi,

“Saya tahu bahawa dalam kalangan kamu terdapat kemahuan yang sama bagi memastikan ini terjadi”.

Reuters turut melaporkan bahawa para pegawai kesihatan merasa kecewa dengan siri perbincangan tersebut, dengan tindakan patah balik bagi hal berkaitan kedudukan serta kritikan yang semakin hangat tentang potensi perjanjian tersebut yang akan merendahkan kedaulatan negara.

Laporan yang sama turut menyatakan bahawa terdapat sebuah trak yang padanya tertulis “Tidak Pada Perjanjian Pandemik. Hentikan Rampasan Kuasa UN” yang telah dilihat berhampiran dengan ibu pejabat PBB di Geneva, tempat di mana berlangsungnya perbincangan badan kesihatan berkaitan perjanjian pandemik tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: