Tempatan

Perhimpunan LGBTQ: Jantina Rasmi Yang Diiktiraf Hanya Lelaki & Wanita

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANGI, 14 Mac 2023 – “Hari Wanita Sedunia diadakan adalah untuk mengangkat dan memperjuangkan hak wanita tulen yang sebahagian wanita ada dipinggirkan untuk mendapatkan kepada akses pendidikan dan ekonomi sebelum ini.”

“Menjadi persoalan yang besar golongan LGBTQ ini turut serta dalam perarakan itu dengan tanpa segan silu menggunakan tanda pagar #WomensMarchMY”?

“Jantina rasmi yang diiktiraf hanya lelaki dan wanita tiadanya jantina lesbian, gay dan homoseksual”.

BACA JUGA: Polis Buka Siasatan ‘Perhimpunan LGBT’ Kuala Lumpur

BACA JUGA: Cuaca Panas Luar Biasa Landa Semenanjung Malaysia Hingga Ahad

BACA JUGA: Kerja Lebih Masa, Pengamal Perubatan Swasta Bangkitkan Isu Gaji

Ini kenyataan tegas Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Lukman Hakim susulan perarakan dan perhimpunan LGBTQ yang diadakan di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka pada Ahad baru-baru ini.

Kata beliau lagi, Kerajaan sepatutnya mencegah ideologi ini daripada terus berkembang kerana konsep madani yang sebetulnya adalah peradaban yang sihat dan sejahtera.

“Jika benar kerajaan ingin membawa konsep Malaysia Madani seperti yang dilaungkan oleh mereka, ideologi sebegini tidak sepatutnya disebarkan kepada masyarakat umum kerana ia hanya akan merosakkan kehidupan yang masyarakat yang sejahtera,” katanya lagi menurut laporan dari portal NGO BERJASA.

Samudera.my melaporkan, pihak polis telah membuka siasatan terhadap satu perhimpunan terlarang yang diadakan di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Siasatan dibuka di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Kesemua individu yang sedang dikenal pasti terlibat di dalam perhimpunan tersebut akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk diambil keterangan bagi siasatan yang dijalankan dalam masa terdekat.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: