Tempatan

PERHATIAN, Ribut Petir Bakal Langgar 5 Negeri Hari Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Februari 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat membabitkan lima negeri di seluruh malaysia sehingga jam 6 petang ini.

Menerusi amaran pada 2.40 petang ini, ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di Pahang (Bera dan Rompin) diikuti Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin) dan Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kuali dan Johor Bahru).

BACA JUGA: Aplikasi Terkenal Tawar Pinjaman, Semakin ‘Mudahlah’ Orang Hendak Meminjam – PPIM

BACA JUGA: ‘Jual’ Petronas Untuk Bayar Hutang Negara Bukan Langkah Cermat – Wan Ahmad Fayshal

BACA JUGA: Peristiwa Israk & Mikraj Relevan Dengan Semua Konteks Masyarakat

Keadaan yang sama turut diramalkan berlaku di Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Sarikei), Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Bintulu (Tatau) dan Miri (Miri dan Marudi) di Sarawak serta Pantai Barat Sabah.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.”

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: