Perempuan Muslim Susah Mencari Kerja Kerana Bertudung
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
UNITED KINGDOM, 29 Julai 2022 – Menurut tinjauan yang dijalankan oleh penyelidik dari tiga negara iaitu Belanda, Jerman, dan United Kingdom, perempuan Muslim menghadapi lebih banyak diskriminasi ketika memohon pekerjaan di Jerman, Belanda dan Sepanyol.
Tinjauan yang bertajuk ‘Diskriminasi Dibongkar: Eksperimen Lapangan terhadap Cabaran yang Dihadapi Wanita Islam di Jerman, Belanda dan Sepanyol’ itu diterbitkan oleh Oxford Academic pada bulan ini.
Lapor Agensi Berita Anadolu, tinjauan itu merupakan kerjasama antara Universiti Utrecht di Belanda, Universiti Oxford di UK dan Pusat Penyelidikan Integrasi dan Migrasi Jerman.
Menurut akhbar itu, eksperimen dijalankan dengan menyediakan dua CV (curriculum vitae) orang yang sama dengan menggunakan kandungan dan maklumat yang sama tetapi hanya berbeza gambar profil iaitu bertudung ataupun tidak bertudung.
Di Belanda, keputusan membuktikan bahawa hanya 35 peratus wanita bertudung mendapat maklum balas daripada majikan berbanding 70 peratus dalam kalangan yang tidak bertudung.
Tidak jauh beza dengan Belanda, di Jerman menunjukkan bahawa hanya 25 peratus daripada calon bertudung dan 53 peratus daripada calon yang tidak bertudung menerima respons.
Manakala kajian mendapati tahap diskriminasi terhadap perempuan Muslim di Sepanyol jauh lebih kecil berbanding di dua negara lain.
Penyelidik Universiti Utrecht di Belanda Valentina Di Stasio berkata, dapatan kajian menunjukkan kebanyakan etnik minoriti masih menghadapi tahap diskriminasi sejak beberapa dekad yang lalu.
Jelasnya, dalam kajian berkaitan, mereka dapati tiada tindakan untuk kerja sukarela dalam persatuan Kristian, tetapi bukan di persatuan Muslim.
Beliau turut mendedahkan, kajian yang dijalankan di Perancis bertajuk ‘Diskriminasi Anti-Muslim di Perancis: Bukti daripada Eksperimen Lapangan’ merumuskan bahawa keagamaan adalah premium untuk orang Kristian tetapi penalti bagi orang Islam.