Antarabangsa

Perdana Menteri Britain Dedah Perjanjian Kapal Perang Baharu Bernilai RM21.59 Bilion

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 15 November 2022 – Perdana Menteri baharu United Kingdom (UK), Rishi Sunak pada hari kelmarin telah mendedahkan perjanjian bagi pembelian lima buah kapal perang baharu bagi memperkasakan pertahanan negara tersebut.

Kapal perang yang daripada jenis Type 26 tersebut akan melibatkan perbelanjaan sebanyak kira-kira 4 juta pound, bersamaan dengan kira-kira RM21.59 bilion.

Kapal-kapal perang tersebut adalah daripada rekaan terbaharu yang mempunyai pelbagai kelebihan seperti dapat digunakan bagi tujuan menghadapi kapal selam.

Kontrak bagi kapal-kapal perang tersebut telah diberikan kepada sebuah firma British, BAE Systems. Kontrak tersebut dikatakan dapat menjana sekitar 4,000 peluang pekerjaan di negara tersebut dan projek tersebut dianggarkan selesai menjelang tahun 2030.

Ketika mengumumkan mengenai perjanjian kapal-kapal perang tersebut, Sunak turut membuat kenyataan,

“Tindakan Rusia telah meletakkan kita dalam risiko. Kita memberi sokongan yang diperlukan kepada warga Ukraine dan kita juga memanfaatkan kepakaran yang dimiliki UK untuk melindungi diri serta rakan sekutu kita. Ini termasuklah dengan membina kapal-kapal perang British bagi generasi baharu.”

Beliau turut mengkritik Rusia dengan menyatakan bahawa negara tersebut beserta para sekutunya tidak mempunyai tempat yang sah dalam sidang G20 selagimana mereka tidak menghentikan perang di Ukraine.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: