Antarabangsa

Perang Rusia-Ukraine: 137 Korban, Ratusan Cedera Setakat Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UKRAINE, 25 Februari 2022 – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, melaporkan peperangan yang tercetus di Ukraine telah mengorbankan 137 nyawa tentera dan orang awam di Ukraine setakat ini, manakala 316 orang dilaporkan cedera.

Bandar Ukraine dihujani bedilan peluru berpandu dan tembakan, memaksa lebih kurang 100,000 penduduk tempatan untuk lari meninggalkan kediaman mereka.

Rusia menjalankan serangan udara dan darat besar-besaran dari arah utara, timur dan selatan. Mereka turut merampas kawasan reaktor Chernobyl, sebuah pusat janakuasa nuklear terbiar semenjak 1986.

Penduduk Ukraine melaporkan serangan dari Rusia bukan sahaja dari jarak jauh, di mana Rusia turut menghantar helikopter ke bandar-bandar Ukraine bagi menjalankan operasi serangan.

“Helikopter datang dan pertempuran pun bermula. Mereka menembak mesingan dan bedilan bom tangan,” menurut Sergiy Storozhuk, salah seorang penduduk Ukraine, seperti yang dilaporkan oleh Channel News Asia.

Rusia pula melaporkan bahawa mereka telah ‘berjaya’ menyelesaikan misi harian untuk memusnahkan 70 kawasan tentera Ukraine, termasuk 11 lapangan tentera udara Ukraine.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: