Perang Nuklear Itu Pasti: Korea Utara
KOREA SELATAN, 17 OGOS 2023 – Menteri Pertahanan Korea Selatan, General Kang Sun-nam telah mengeluarkan kenyataan pada Selasa lalu dengan menyatakan bahawa dunia kini sudah terlalu hampir dengan konflik nuklear.
Menerusi kenyataan yang dibuat pada XI Moscow International Security Conference itu, Sun-nam menyatakan bahawa keinginan Washington untuk menukar rejim di Pyongyang adalah sebab bagi tekanan yang berlaku.
Beliau turut menyatakan bahawa tindakan Amerika Syarikat (AS) yang meningkatkan kadar ketenteraan mereka di rantau sekitar itu serta melancarkan pesawat berkeupayaan nuklear serta kapal selam di kawasan tersebut juga merupakan punca bagi ketegangan yang semakin tinggi dari hari ke hari.
BACA JUGA: Lebih 200 Sekolah Agama Selangor Diarah Tutup, Dihalau Keluar Premis!
BACA JUGA: DPPK Bantah Jemputan Terbuka Pesta Songkran
BACA JUGA: Sabah Boleh Perluas Bilangan Spesies Terancam – Timbalan Menteri
Beliau seterusnya membuat kenyataan bahawa cetusan perang nuklear kini adalah tidak dapat dielakkan sama sekali.
Ujarnya, “Kini persoalannya bukanlah samada peperangan nuklear akan berlaku atau tidak di sekitar Semenanjung Korea, namun ianya adalah persoalan siapa dan bilakah ianya akan berlaku”.
Beliau turut menambah bahawa pada tahun ini sahaja, AS telah menghantar “senjata-senjata strategik yang besar” ke rantau itu termasuklah kapal selam berkeupayaan nuklear, alat membawa pesawat serta pesawat pengebom berkeupayaan nuklear.
Sun-nam juga menyatakan bahawa Washington seharusnya mengaku akan polisi agresif yang digunakan mereka terhadap Pyongyang serta meninggalkan pendekatan konfrontasi jika mereka benar-benar mahu menyelesaikan krisis terbabit dengan cara yang aman.