Penyakit Kulit Berketul (LSD): Malaysia Sekat Import Lembu Dari Australia
SYDNEY, 10 Ogos 2023 – Malaysia menggantung sementara import lembu dan kerbau hidup dari Australia, beberapa hari selepas Indonesia mengumumkan pemberhentian import daripada negara berkenaan selepas mengesan kewujudan penyakit kulit berketul (LSD) dalam sebilangan kecil lembu selepas ketibaan, lapor sebuah berita tempatan.
Menurut Ketua Pegawai Veterinar Australia, Mark Schipp semalam, Australia segera menghubungi rakan sejawat Malaysia untuk memberhentikan sekatan berkenaan sambil mengesahkan bahawa negara berkenaan kekal bebas daripada penyakit tersebut.
BACA JUGA: LPPPQ Lulus Pemuliaan Lebih 10 Ribu Bahan Al Quran
BACA JUGA: Seludup Organ: Mustahil Pihak Berkuasa Tidak Tahu
BACA JUGA: Polis Sahkan Insiden Kepala Babi Atas Bendera PN
“Kami faham keputusan ini berdasarkan nasihat Indonesia bahawa mereka tidak akan menerima lembu daripada empat kemudahan eksport tertentu berikutan pengesahan LSD dalam lembu Australia yang dieksport selepas ketibaan dan berada di Indonesia,” kata beliau.
Ujar Schipp, pihaknya sedang berusaha untuk memuktamadkan siasatan terhadap status kesihatan lembu yang terjejas.
Untuk rekod, LSD merupakan penyakit berjangkit yang menjejaskan lembu dan kerbau yang disebarkan melalui gigitan serangga serta mampu mengakibatkan lepuh dan mengurangkan pengeluaran susu.
Bagaimanapun, ia tidak mendatangkan risiko kepada manusia.